Akaun shmmarketing.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.





GASTRIK PENYEBAB KANSER USUS!


gastrik merupakan penyakit yang berlaku akibat keradangan pada dinding perut. Ia terdiri daripada penyakit gastritis, ulser gastrik (ketumbuhan polip dalam perut) dan penyakit GERD atau simptom pedih hulu hati.


Gastrik mudah menyerang sesiapa sahaja yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat. Makan berlebihan pada satu-satu masa, berlemak, pedas, kafein, berkarbonat, makan tidak teratur, perokok, mengambil ubat tahan sakit (aspirin) dan minum alkohol merupakan antara punca gastrik boleh terjadi.


Sesiapa tidak menjaga kesihatan dan pemakanan juga berisiko, tidak terkecuali kanak-kanak. Ia bergantung kepada cara kanak-kanak itu dibesarkan, corak pemakanan serta gaya hidup kanak-kanak itu main peranan.

biasanya ada perbezaan sakit gastrik atau sakit perut biasa. Sakit perut biasa akan mengakibatkan ketidakselesaan pada perut, cirit-birit atau sakit yang akan berhenti selepas beberapa jam atau hari.

Masalah gastrik pula simptomnya berulang. Jika tidak dikawal corak pemakanan, kesannya boleh mengakibatkan pelbagai masalah lain.


Tanda gastrik seperti ketidakselesaan dan sakit perut pada bahagian atas abdomen (pedih hulu hati), perut senak, berangin, pedih, kembung, sendawa, loya dan hilang selera makan. Untuk pengesahan, berjumpalah doktor. Pemeriksaan pada perut akan dibuat melalui proses endoskopi. Pemeriksaan ujian darah juga akan dilakukan untuk mengenal pasti punca sakit perut biasa atau gastrik.